Stadion Crvena Zvezda
Stadion Crvena Zvezda

Stadion Crvena Zvezda

Stadium Crvena Zvezda (Bahasa Serbia: Стадион Црвена Звезда/Stadion Crvena Zvezda (terjemahan: Stadium Bintang Merah)), dikenali sebagai Marakana sempena stadium Brazil yang terkenal, ialah stadium serba guna di Belgrade, Serbia. Ia kini digunakan untuk perlawanan bola sepak dan stadium rumah pasukan Red Star Belgrade. Stadium ini mempunyai tempat duduk sepenuhnya dan kapasiti mencecah 60,000.[1] Ia dibuka pada 1963 selepas mula dibina tiga tahun sebelum itu.